Market Chart (Change Pair By Click Menu At Upper Left)


Investing.comForex Charts powered by Investing.com

Forex News

Real Time Economic Calendar provided by Investing.com.

Market Trend (EU Pair n Cross)


This Technical Analysis is powered by Investing.com

Market Trend (USD Pair n Cross))


This Technical Analysis is powered by Investing.com

Trading Update By ForexCycle

Forex Market Movement

Sunday, November 1, 2009

Pandangan : Antara Potensi & Provokasi

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera.

Pada minggu yang lepas kita menyaksikan aliran pergerakan EUR/USD yang cenderung bergerak ke arah bearish (menurun). Di awal minggu lepas, rata-rata penganalisis penganalisis menjangkakan bahawa EUR/USD mampu mencapai tahap tertinggi sehingga 1.6000. Namun perkara sebaliknya yang berlaku di mana kita dapat menyaksikan EUR/USD berada dalam keadaan bearish dan melebihi 350 pip untuk "hi - low".

Ingin saya ingatkan bahawa anda sesekali tidak seharusnya mempercayai sepenuhnya provokasi-provokasi yang dibuat oleh mana-mana pihak yang menjangkakan pasaran EUR/USD akan terus dalam keadaan bullish (menaik). Saya turut dihubungi oleh rakan-rakan yang memaklumkan bahawa mereka terbaca artikel yang dikeluarkan oleh beberapa buah broker ternama yang mengatakan pasaran EUR/USD akan terus meningkat. Di sini saya ingin sekali mengingatkan diri saya dan anda bahawa hampir semua broker sebenarnya dalam posisi bertentangan dengan trader. Sebaik-baiknya anda membuat analisis terlebih dahulu, tanpa membuat dan membuka sebarang posisi tanpa memahami aliran pergerakan pasaran.

Di minggu lepas kita menyaksikan seolah wujud pergerakan bearish, potensi pasaran EUR/USD untuk menjunam dilihat amat ketara. Bacaan-bacaan berikut harus dipertimbangkan, antaranya:
                                                            

                                
Stochastic 
Monthly   90.5587   86.5390  OVERBOUGHT

Weekly    80.5390  83.9796 OVER BOUGHT 

Daily       19.0009  16.7542   OVERSOLD  

H4          18.7919   45.8772   OVERSOLD



Jika dianalisis daripada kedudukan stoshastic:

i) Monthly (Bulanan)
   Kedudukan stochastic adalah dalam posisi overbought, saya berpendapat bahawa pasaran EUR/USD tidak akan terus dalam keadaan bullish pada sepanjang masa. Pasaran menantikan masa yang sesuai untuk menjana momentum bearish. Berdasar analisis ringkas, saya menjangkakan pasaran mampu menjunam sehingga 1.3700, potensi sebegini hanya akan bermula sekitar 1 bulan hingga 3 bulan.

ii) Weekly
Kedudukan di bahagian weekly juga dalam posisi overbought, ini bermakna potensi bearish adalah hampir dengan kedudukan Monthly


iii) Daily
Memandangkan daily merupakan carta pergerakan harian, saya mendapati stoshastic dalam posisi oversold. Keadaan dapat dirujuk dengan pergerakan sepanjang minggu lepas. Oleh itu, saya menjangkakan bahawa pasaran akan kembali meningkat untuk mencapai tahap optimum pada carta weekly.


iv) H4
Pada carta H4, saya mendapati bahawa keadaan stochastic adalah berposisi oversold. Keadaan ini adalah sejajar dengan aliran turun (bearish) yang berlaku pada hari Jumaat yang lepas. Berdasarkan carta ini saya menjangkakan kenaikan akan berlaku untuk mengimbangi kedudukan carta Daily, Weekly dan Monthly.


Kesimpulan :
Jangka panjang : pasaran berpotensi melakukan aliran bearish dalam masa lebih/kurang 4      bulan.
Jangka pendek(Harian): pasaran akan meningkat (bullish) sebagai pemulihan yang mungkin bersifat sementara, setelah kita menyaksikan penurunan lebih 350 pip.


Harian(Isnin) : Min 1:   1.4647    Maksimum 1:   1.4797   ( Jajaran Hi-Low : 150)
Potensi pasaran : Bullish sebelum pasaran US dimulakan pada jam 8.00mlm



Sekian dahulu analisis dan pandangan saya, diharap artikel yang ditulis dapat membantu anda dalam urusan trading anda. Mudah-mudahan anda berjaya dalam urusniaga anda. Emosi dan analisis yang berkesan mampu merencanakan persekitaran urusniaga yang efektif.

*Penafian : Segala bentuk pandangan dan analisis hanyalah untuk kegunaan bacaan sahaja. Sebarang bentuk kerugian atau keuntungan yang wujud adalah tanggungjawab anda. Pihak penerbit dan penganalisis adalah bebas dan tidak terikat pada apa-apa sebarang tuntutan, kerugian, keuntungan dan kemusnahan yang disebabkan kesan positif atau negatif artikel yang diterbitkan.

 





No comments:

Post a Comment

Please leave your message / Sila tinggalkan mesej anda
Thank you / Terima kasih