Salam sejahtera!
Maafkan saya kerana tidak dapat memberi komitmen sepenuhnya kepada maklumat-maklumat yang sepatutnya diterbitkan dalam blog ini. Untuk makluman, saya kini sedang menyambung pelajaran ke sebuah universiti dalam mod PJJ. Oleh yang demikian, pembahagian komitmen terpaksa diberikan kepada kerjaya dan pendidikan.
Sebagaimana yang kita tahu keadaan pasaran seperti tahun-tahun lalu, banyak berlaku breakout yang luas dan panjang. Adakala mencecah lebih 100 pips pada suatu masa. Pada pandangan saya, adalah berbaloi untuk memasuki pasaran apabila sesebuah trend sudah berakhir pada satu takat yang optimum.
Saya lebih gemar memasuki pasaran apabila sesuatu trend dan breakout telah mencapai jangkauan melebihi daily av (daily average). Bagaimana? Saya percaya ramai yang menggunakan Tradetime Strength Meter (TSM), yang dibekalkan kepada anda.
Berpandukan kepada TSM, anda boleh membuat perbandingan kekuatan pasangan matawang yang berkaitan. Sesuatu trend telah dikatakan lemah apabila nilai dan jarak kekuatan semakin berkurangan.
Antara setting yang perlu dilakukan:
1. Gunakan timeframe 5m untuk memasuki pasaran
2. Stochastic : 14 : 3 : 3
3. MACD 2 color : 12 :26 : 9
4. Moving Average (MA) : Simple 8 warna merah
5. Moving Average (MA) : Simple 40 warna biru
6. Tradetime Strength Meter
7. Megaforex07 signal bar
8. Gunakan Line Chart (bukan candlestick)
Kaedahnya :
Apabila Line Chart (harga semasa) melepasi 5-8 pips di atas/bawah MA 40 pada timeframe M5, anda boleh membuat posisi LONG (BUY) jika di atas atau SHORT (SELL) jika di bawah posisi MA 40.
Posisi tersebut hendaklah ditutup apabila line chart menyentuh MA 8. Sila pastikan wujud jurang beza yang ketara pada Tradetime Strength Meter. Maksudnya, semakin besar perbezaan nilai antara suatu matawang pada TSM, maka semakin besar pergerakannya.
Insyaallah berhasil, jika kurang pasti sila lakukan pada akaun demo terlebih dahulu.
Sekian, terima kasih
Pertanyaan sila tinggalkan ulasan anda..
(Tips : Sekiranya was-was, adalah lebih baik memerhatikan gerak-geri pasaran dalam sela masa 30 minit - 1 jam supaya kita lebih bersedia dan memahami trend)
forex, gbp, usd, eur, usd, jpy, fundamental, fx, liteforex,, instaforex, news
Market Chart (Change Pair By Click Menu At Upper Left)

Forex News
Real Time Economic Calendar provided by Investing.com.
Market Trend (EU Pair n Cross)
This Technical Analysis is powered by Investing.com
Market Trend (USD Pair n Cross))
This Technical Analysis is powered by Investing.com
Trading Update By ForexCycle
Forex Market Movement
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Please leave your message / Sila tinggalkan mesej anda
Thank you / Terima kasih